Menu

Mode Gelap
Wabup Bintan, Deby Maryanti Buka Event Jong Race Festival Tahun 2026 ‎Buka Turnamen Sepak Bola di Kuala Maras, Ini Pesan Penting Saidina Kades Kuala Maras: Turnamen Cup VIII Jadi Ajang Silaturahmi dan Penggerak Ekonomi Puluhan Tim Unjuk Gigi di Turnamen Kuala Maras, Ini Total Hadiahnya Cermin Mahmud Berkemah Hingga Tadabbur Alam, Bupati Roby Memanggil Para Generasi Bintan Religius

Minda

Merajuk

badge-check


					Ilustrasi (net) Perbesar

Ilustrasi (net)

BAGI orang Melayu, merajuk itu bukan barang baru, Wak. Ia bukan sekadar muncung panjang sedepa, bukan pula setakat status di WhatsApp: “tak apa lah…” atau statunya: “Lantak mike lah…”

Dalam adat dan istiadat Melayu, merajuk itu ada maknanya. Ada timbangnya. Ada pula marwahnya.

Dalam tunjuk ajar orang tua-tua, merajuk yang elok itu tanda ada pendirian. Bila hati tak setuju dengan yang mungkar, dia undur diri. Bila tak mahu bersekongkol dengan yang tak lurus, dia diam. Diamnya bukan kosong, tapi penuh isi. Diamnya bukan kalah, tapi menjaga marwah. Sebab itu ada pesan lama: “Kalau orang Melayu sudah merajuk, susah nak dipujuk.”

Bukan kerana ego setinggi pokok sentol. Tapi kerana yang dijaga itu bukan perasaan semata-mata, melainkan prinsip, agama dan harga diri. Dia rela menyisih, daripada menyubur yang salah. Dia rela dipinggir, daripada menggadaikan marwah.

Contohnya mudah saja, Wak? Kalau orang Melayu minta lima, berilah lima. Jangan kurang jadi empat, nanti jadi cerita satu kampung. Kurang satu boleh jadi fitnah, kata orang tak cukup, tak adil, tak amanah. Tapi jangan pula tambah jadi enam. Yang lebih itu bukan rezeki, tapi ujian. Kalau dia ambil yang enam, itu namanya gelojoh. Kalau dia tolak, itu namanya tahu batas.

Orang Melayu yang beradat, kebutuhannya sekadar cukup. Tidak tamak, tidak gelojoh. Cukup itu indah. Lebih itu was-was.

Tapi Wak, yang jadi kelakar sekarang ini lain pula ceritanya. Dikasi empat, disentapnya pula meja. Katanya merajuk. Padahal bukan menjaga adat, tapi menjaga kedudukan. Dipasang siasat, supaya nampak dia paling benar. Itu bukan merajuk beradat, itu merajuk berpolitik.

Dikasi enam, dia diam saja. Tak merajuk. Tak menolak. Malah tersenyum lebar. Itu bukan lagi merajuk, itu sudah jadi penjilat. Adat tinggal cerita, prinsip tinggal slogan.

Dalam Tunjuk Ajar Melayu, merajuk yang begini bukanlah jati diri, tapi cerminan hati yang belum jadi. Merajuk yang merusak persaudaraan, memecah kerja sama, dan mengeruhkan suasana, itu bukan marwah, itu manja tak bertempat.

Makanya, Wak, janganlah semua merajuk kita pukul rata jadi perangai buruk. Ada merajuk yang perlu dipertahankan, merajuk kerana prinsip. Merajuk kerana agama. Merajuk kerana tak mahu bersekongkol dengan yang batil.

Tapi ada juga merajuk yang elok ditinggalkan, merajuk kerana tak dapat makan. Merajuk kerana tak dapat jawatan. Merajuk kerana tak dipuji dalam majelis musyawarat.

Orang Melayu itu indah pada adabnya. Tegas pada pendiriannya.
Lembut pada bicaranya.
Kalau merajuk pun, biarlah merajuk yang berisi. Bukan merajuk yang berisi nasi tambah dua kali. Heee…

Jadi, Wak…
Kalau hati mahu merajuk, tanya dulu: Ini merajuk menjaga marwah, atau merajuk sebab tak dapat enam? Kalau jawabnya yang pertama, pertahankan. Kalau yang kedua eloklah pergi minum kopi dulu, sejukkan hati. Sebab Melayu tanpa adab, tinggal nama. Melayu tanpa prinsip, tinggal cerita.

Penulis: Taufik Hidayat, pemimpin redaksi riaukepri.com.

Facebook Comments Box

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Baca Lainnya

Cermin Mahmud

4 April 2026 - 07:19 WIB

Siak Satu-satunya Kabupaten di Riau yang Raih Penghargaan Pangan Aman BPOM

3 April 2026 - 19:25 WIB

PT. BSP Raih Penghargaan Mitra Zakat Perusahaan Terbaik dari Baznas Siak

3 April 2026 - 10:53 WIB

Komisi II DPR RI Kunjungi Riau, Dorong Penguatan Peran BUMD dan Bank Daerah untuk Dongkrak PAD

3 April 2026 - 06:37 WIB

Masyarakat Adat Rantau Kasai Mengadu ke LAMR, Berharap Keadilan atas Lahan Ulayat

2 April 2026 - 17:23 WIB

Trending di Pekanbaru